Penyeragaman Kadar Fi Tukar Hak Milik Motosikal Antara Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

March 14, 2018 at 2:34 pm

14hb. Mac 2018

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

PENYERAGAMAN KADAR FI TUKAR HAK MILIK MOTOSIKAL ANTARA SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK

Dalam usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi bagi mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya kumpulan B40, kerajaan telah bersetuju supaya kadar fi tukar hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM3 berkuat kuasa mulai 1 April 2018.

Kadar semasa penukaran hak mlik motosikal adalah sebanyak RM3.00 di Semenanjung, RM5.00 di Sarawak dan RM40.00 di Sabah. Penyeragaman kadar fi ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan.

[Tamat]